salji


Khamis, 24 Oktober 2013

WahaI Kaum Adam Dengarlah!!!!!





Wahai Kaum Adam,
Dengarlah kata-kata hatiku ini.
Setiap hari aku berdoa meminta petunjuk
daripada Allah SWT
supaya temukan aku dengan jodoh yang terbaek
untuk diriku ini.

Wahai Kaum Adam,
perilakumu yang soleh dan beriman
menjadi pilihan setiap kaum hawa
tingkah lakumu yang sopan
menjadi keutaman dalam
sesebuah perhubungan itu.

Wahai Kaum Adam,
aku tahu bukan senang untukmu
menjalankan tanggungjawab
untuk membina sesebuah keluarga
tetapi itu akan menjadi tanggungjawabmu
bila terbitnya sebuah hubungan yang halal.


Wahai Kaum Adam,
Kesungguhanmu mengejar tentang islam
menjadi pilihan hatiku
bukan hanya hal duniawi penting
malah hal akhirat amat penting
jadi jika kamu dapat
menyeimbangan kedua-duanya itu
maka
dirimu begitu disanjungi
dan dihormati oleh semua.

Aku tahu jodoh itu di tangan Allah
tapi tidak salah untuk aku
untuk memikat hatimu
supaya diriku
ini boleh kau bimbing
ke jalan yang diredhai olehNya.


JODOH ITU RAHSIA ALLAH

wallahuaallam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan