salji


Sabtu, 3 Oktober 2015

AKU NAK KURUS..part 1..

KALAU MALAS BACA TAK PAYAH la sbb cerita aku  ni pjg sgt..
TAPI aku hanya tujukan kepada mereka yang ingin KURUS je..hihiiii... 
yang dh KURUS tak payah baca.. buat penat je...

Kalau nk KURUS..
tapi kalau kau tak mampu nak MENDISIPLINKAN diri..
baik tak payah la.. 
sbb apa yang aku cakap ni mmg BETUL..

SEBAB....
semua ni sudah terjadi dekat diri aku sendiri..
BEFORE this, aku seorang yang  berbadan besar..
bila tengok BMI tu memang dh OBESE..
SO, Bila tgk orang kurus..aku pun mempunyai keinginan nak kurus.. 
dalam fikiran aku nak KURUS je.. 
tapi hakikatnya aku tak berjaya mendisiplinkan diri aku ni..
Aku tak kawal pemakanan aku..
sbb itu hanya sekadar usaha sambil lewa aku.. 
makan ikut suka saje.. Semua baham janji sedap..
habis mana nak kurus kalau sehari tu makan xserupa
MANUSIA..
Semua benda nak ditelan..
CAKE,PIZZA,BURGER...    
siang malam xkira la asyik makan je..
yang paling utama MAGGI tu.. 
boleh dikatakan la student UNIVERSITI dh kalis dg MAGGI ni..
dah jadi makanan RUTIN la..
kalau pergi PASARAYA je.. 
pasti angkut bawa balik MAGGI..
kalau nak tahu MAGGI tu la penyebab utama utk OBESITI..
tapi kalau korang nak sangkal pendapat aku..
aku tak heran pun la sbb ada sesetengah orang tu..
makan MAGGI bnyk mana pun.
badan tetap KURUS..Hihihii..
tapi bagi aku tu la penyebab utama sbb semua ni aku tanya daripada orang yang pernah GEMUK seketika dulu
dan sekarang dah KURUS..
maggi pun xsesuai utk kesihatan..hahaa sekadar selingan je...

satu benda lagi AIS BATU  dan minuman BERGAS... 
hah.. tu juga benda utama yang mesti kurangkan..
aku xcakap suruh tinggalkan sepenuhnya..
sbb bagi aku pun..
kadang2 teringin juga nk merasa minuman BERAIS ni kan..hihii..
boleh je ambil tapi jangan hari2...
kalau boleh seminggu sekali..

AFTER THAT,
Dengan semangat dan azam yang membuak2..
aku start DIET jun 2015..
aku kurangkan benda yang patut aku ambil..
dan tinggalkan benda yang tak patut aku makan..
SEKARANG..
aku dah dapat apa yang aku inginkan..
aku berjaya turunkan berat aku dg target yang aku mahu..
Aku sanggup berkorban demi mendapat apa yang aku inginkan..
sebelum ini sudah kalis telinga aku ni dengar hinaan sekeliling dg tubuh badan aku tu.. 
walaupun kadang2 mereka hanya berniat utk bergurau..
tapi bagi aku itu tindakan yang melampau..
hati mana tidak sedih bila orang gelar kita macam2.. 
bandingkan dengan mereka..
selama ni  aku pekakkan telinga... 
pendam dalam hati..
cuba fikir jalan penyelesaian..
and now.. 
aku dah temui jawapan bagi persoalan aku dulu tu..
tapi aku bukanlah buat DIET yang melampau..
sekadar diet yang boleh diterima oleh badan aku..
jangan pernah paksa diri utk diet tidak sihat..
aku makan macam org lain mkn tapi dengan kadar yang sedikit..
Dan paling utama aku tak makan nasi..
tapi utk 2 MONTH aje...  
now..
aku dah start mkn nasi balik dg kadar yang sedikit dan kenyang..
jangan kata xkenyang mkn nasi sikit sbb aku makan kenyang je...hihiii.
jangan lupa makan SAYUR and BUAH..
semua tu utk kesihatan diri kita juga kan..

dah ramai aku jumpa mereka yang terlalu OBSES utk kurus..
sampaikan mereka sanggup ambil pil kurus, supplemen and buat diet ATKINS (D.A).. 
tapi bagi aku semua tu boleh membahayakan diri..
walaupun bnyk yang berjaya melalui diet ATKINS..
aku tak setuju dg diet tu sbb aku tak suka ikut diet tu..hihii..
tapi kalau korang boleh ikuti diet tu..
teruskan je kalau mampu..
tapi bagi aku..
aku tak akan suggest D.A tu..
hihiii..fikir2kanlah sendiri..
korang pun dah besar panjang kan..

AND jangan lupa satu benda penting....
bila dh start diet jangan tak buat exercise pula..
SEBAB..
dengan senaman ia dpt memberi tindak balas yang CEPAT dan SIHAT..

SO,
melalui pengalaman aku ni..
aku sekadar mahu berkongsi dg orang yang berbadan besar tapi mahu KURUS..
dan ingin mencuba DIET yang sihat..
SEMANGAT dengan USAHA kena ada sbb itulah penentu sebuah KEJAYAAN..

orang yang dh  KURUS sejak azali tak payah nak menyindir sgt  ya.. jangan nak menyampuk..  
sbb depa tu kalau makan mcm JIN tapi badan xgemuk2 pun tak apalah.. semua boleh BALUN... makan xkira masa pun boleh.. 

ni aku tuju khas utk mereka yang mempunyai MASALAH mcm aku je ...hahaaaa...
lawak kan...  

p/s - kalau nak tahu apa yang aku makan sila tanya aku..hahaaa..
jangan cakap hakak tak payung... 
sekian dari ayue yang COMEL..hahaa..  

Rabu, 16 September 2015

OH MY DIET...


Assalamualaikum gaisss...
Pesliii.. 
Tetiba rasa kekok dkt sini..
Al maklum dh lamo bebenor ayue tak berceloteh dkat sini..
Dan sekarang ayue dah kembali..
Hahaaa.. tak lawak kan.. saje je nak kata..

Okay2 tak mao buang masa lagi..
Actually...
Ayue saje je karang tajuk tu kasi huruf besar semua..
OH MY DIET..
nak dijadikan cerita..
Now.. ayue sedang dalam mood diet..
Mao kasi kurus lagik tubuh badan yang montel ni..
firstly,
Sebelum ni berat ayue hampir mencecah 70kg..
OMG!!!
SIYESLY...
terkezut ayue bila naik penimbang. Tak sangka beratnya smpai ke tahap begitu..
Arghhh..
Memang menakutkan..
So, dengan azam dan semangat yang ada ayue pun start diet..
Ayue mula diet jun 2015..
Masa tu ayue mulakan diet ayue dg mkn nasi sedikit je..
And then lama kelama ayue makin kurangkan pengambilan nasi.
Dan akhirnya ayue sampai ke tahap tak ambil langsung nasi..

And ayue yakin mesti korang tertanya..
'Tak lapar ke xambik nasi?'
Seriously secara jujur ayue jawap..
Memang tak rasa lapar pun sebab ayue dh mind sets yang ayue  tak mao ambik nasi..
Tapi korang janganlah berhenti ambil nasi serta merta..
Tak elok tau..
Korang kenalah bijak dalam menguruskan diet korang..
Walaupun ayue tak makan nasi ayue ttap rasa kenyang..
Ini kerana..
Ayue makan benda yang boleh menggantikan nasi..
Contohnya:  buah-buahan, ayam bakar, sup ayam. Bihun sup, roti sbg..
Tapi ayue makan dengan kadar yang sedikit.. cukuplah dibuat jamah..
3 month without rice..
First ayue timbang sebelum mula diet adalah 70kg.
Lps sminggu diet..
Ayue timbang and weight lose sebanyak 5 kg..
And ayue teruskan lagi diet tu..
Sampailah berat ayue 60 kg..
Target ayue untuk dpt berat 50kg..
So, ayue teruskan usaha sampai sekarang..
Now dah bulan september..
kira-kira ayue dh diet selama 4 bulan..
And korang nak berat ayue sekarang berapa tak??? Hihiii...
Syukur alhamdulilah..
Sekarang berat ayue adalah 55kg..
Dlm 4 bln ayue weight lose sebanyak 15kg..
Ok la tu..
Dari tak turun langsung...
So, still ada 5kg yang mesti ayue kurangkan utk capai target..hihihiii..
Kita tunggu je la sama ayue capai target tak dlm bulan oktober nanti..

Sekian saje dari perkongsian ayue...
AyueDiet...

Khamis, 21 Mei 2015

BAKAT YANG TERPENDAM..



Salam uols..
Haisyhhh..
Rasa dah bersarang blog i ni..
Al maklumlah dah lama i x menjenguk ke dunia maya ni..
Busy sesangat uols..
For the student final years..
Memang cegitu..
Busy je memanjang nak siapkan itu ini..
Assignment la.. project la...
Nk settle tmpat utk practicum la..
Aisyhhh..
Macam2...
Tapi ayue ta mao cakap tentang tu semua..

Ayue nak cakap pasal bakat terpendam ayue je..
Sedih uols..
Bila fikir ttg masa depan ni..
Entahla...

Bila je sebut je pasal bakat rasa nak nanges nak jerit kuat2...
Sakit ati semua la...
I love drawing..
Yes..
Ayue mmg adala sikit bakat dlm melukis ni..
And ayue minat fesyen..
So..
Ayue suka sgt design dress and mcm2 lah..
Tapi bila difikirkan balik ini hanya bakat yang terpendam je...
Tak digilap pun..
bila jek ayue start melukis..
And tunjuk dekat member2 mesti dorang akan cakap..
"Eh ayue dah silap amik kos ni"
"aiii.. tengok dh rugi, kalau Amik fesyen kan bagus"
"Pandainya ayue lukis, boleh jadi designer ni"0
Sbb ayat tu la ayue rasa nak nanges..
Memang hakikatnya ayue dh trsalah amik course..
Dulu ayue pernah dpt tawaran dlm dunia fashion and design ni..
Tapi dh naseb baik badan trpksa menolak krna kes2 tertentu..
Uwaargghhgg...
Nak menyesal sekarang pun tak ada gunanya kan..
Redha dlm keterpaksaan...
Sbb sekarang dh terlibat dg dunia IT..
Walaupun hakikatnya hati tak pernah suka dgn course tu..
SAKITNYA TUH DISINI..
Cegginilah ceritanya..
So, 
Layan je gambar design ayue ni..













Satu je persoalan dlm kepala ni..
"LAYAKKAH NI DIGELAR LUKISAN"
Idoknye nmpak buruk je..
Hihihiii..
Layakkah ak???? 




Selasa, 9 Disember 2014

CHRISZEN MOIST CAKE 2 IN 1 FOUNDATION

ANNYEONGHASAEYO
(hai/ apa khabar)

MANNASEO BANGAWEOYO
(gembira jumpa awak)

Cewah..
cakap korea tu..
hahaa..
 acah je..hihii

Okay berbalik kepada sambungan entry yang lepas..
pada kali ini ayue akan terang tentang CMC ni..

JOM..



nilah rupanya CMC itu...
lawa tak..
memang lawa gila kot..
warna pink gitu..
my peberet tu..
yang penting PINK..hehehee

Adakah anda inginkan wajah semulajadi? kulit wajah lembap, halus, cerah.
Kini tiada masalah lagi MUKA BERMINYAK!
CHRISZEN MOIST CAKE 2 IN 1 FOUNDATION
boleh membantu anda...
CMC ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu



NO 1- MERAH JAMBU CERAH (SOFEA JANE)
NO 2- MERAH JAMBU (ZIZIE EZZETY)
NO 3- KUNING LANGSAT (LISDAWATI)

CMC ini mengandungi...
L-Glutathione (mencerahkan)
Pelindung UV (SPF 50/PA+++)
Kolagen (menghaluskan)
Pelembap (melembapkan)

Bedak asas + L-Glutathione = Chriszen Moist Cake





Selalunya akan tanya apa itu "CHRISZEN AMPOULE"?
Kalau korang nak tahu Chriszen ampoule merupakan 'serum' ataupun pelembap yang selalu kita gunakan itu.

Apakah kelebihannya berbanding serum biasa?
Ampoule merupakan pelembap/ serum yang nipis dan tidak berminyak, sesuai untuk semua kulit terutama kulit sensitif. Chriszen ampoule digalakkan digunakan sebelum memakai solekan atau penjagaan kulit.
Ampoule ini berfungsi untuk melembapkan, mencerahkan, merawat kulit wajah anda. Tambahan pula, Chriszen Ampoule ini diberi secara percuma kepada anda yang membeli Chriszen Moist Cake ini..

Besar bezanya antara pakai ampoule atau tidak!!!
Pengasas produk Chriszen telah belajar satu teknik baru dari KOREA..
iaitu ( Pakai pelembap dulu barulah pakai make up, dengan ini make up mereka bolehlah bertahan SEHARI lagipun kulit nampak licin dan semulajadi)
Ceritanya bermula dari DEC 2012..
Mandy( pengasas) telah melancong ke KOREA pada tahun tersebut, kulut wajahnya selalu je kering dan terpaksa memakai banyak produk pelembap. Salah seorang pembantu jualan do KOREA telah mengajar Mandy supaya pakai pelembap sebelum make up. Inilah teknik yang selalu dipakai oleh wanita KOREA. Dia juga bagutahu Mandy inilah idea ynag baru dan boleh dibawa balik ke Malaysia!!
So, 
Mandy telah mencuba banyak produk serum/ pelembap yang dikeluarkan oleh kilang KOREA malah produk2 itu terlalu berminyak dan tidak sesuai untuk dipakai di Malaysia.
Nasib baiknyaaa...
Mandy terjumpa produk Chriszen Ampoule yang HEBAT ini di Korea,
Ampoule ini tidak berminyak jika berbanding serum biasa tetapi mempunyai kesan pelembap yang sesuai untuk dipakai di Malaysia!
Mandy telah memutuskan membawa balik produk yang sesuai untuk semua kulit...

So, 
jawapannya ialah..
Ampoule Chriszen + Chiszen Moist Cake...





SALAM SORE!!!

ASSALAMMUALAIKUM...
uolss..
ANNYEONGHASAEYO!!!

ceh...
berKOREA la pula i kan...
aisyhh...hehehe

okay..
ayue bukan nak merapu dekat sini..
tapi beritahu korang satu cerita yang agak menariklah...
korang nak dengar tak..

mesti nak kan..hehe

so, tanpa membuang masa ni..
meh ayue ceritakan cerita yang menarik itu..

Okay,
Firstly..
cewah.. berBI la pula..
habis lingtang pukang bahasa ibunda...hehe

ops...
sorry morry lau terlebih GEDIKSSS..

Ni meh ayue nak bagitahu korang tentang
satu produk yang sedang ayue guna sekarang..
nak tahu apa..
ala itulah..

CHRISZEN MOIST CAKE 2 IN 1 FOUNDATION..
yang memang hangat diperkatakan sekarang..
Mesti korang teringin nak memiliki kulit macam retis KOREA kang..
alah, tipulah kalau korang cakap tak nak..hihii..
Boleh dikatakan ayue ni memang peminat segala jenis berkaitan dengan KOREA la..
orangnya, lagunya, dramanya, movienya..
ala semua je lah..hehee..
ala terlarik topic lak..

kalau korang nak tahu..
ramai artis KOREA ni
menggunakan CMC ni..
patutlah kulit mereka semua halus mulus,
cantik gebu...aisyhh..
cemburu pun ada tengok kulit mereka..
tapi tak dinafikanlah kebanyakan artis korea ni suka buat
PLASTIC SURGERY..
tapi tu tak jadi masalah..
sebab ada diantara mereka sukakan wajah yang semulajadi..
So,
mereka gunalah produk ni..
dan memang diakui CMC ni memang membuatkan kulit kita
nampak glowing, lembap dan flawless

kalau korang nak tahu CMC tu macam mana, tentang penggunaannya dan sebagainya yang berkaitan..

Jangan risau..
Kalau ada masa
nanti ayue updatekan
tentang semua itu..

Korang tunggu tau...

muahhh ciked..
awaa sia ta kuad...


Selasa, 28 Oktober 2014

SEKADAR SAPAAN AWAL...HIHIHIII


Assalamualaiikum...
uolls..
akhirnya muncul juga ayue disini setelah berabad
tidak kelihatan..hehee
okay..
ayue just nak menyapa korang je...
sekarang terlalu busy and tak ada masa
nak berblog...hihihii
busy yang teramat..
malas pom ada juga lam diri ni..
okay..
senang2 je tulis je entry yang paling pendek..
sekadar utk menegur..hehe..
dahla smapai sini je...
sorry ya...
dah lama tak menulis..
tetiba je ayat kaku je...
okay..
babay dear...
awaa sia ta kuad...
muahhhh ciked...