salji


Jumaat, 13 Disember 2013

Tips2 menghadapi peperiksaan...


Assalammualaiikum..
u alls..
wow..
dah lama ayue tak membuat kecoh
kat sini kan..
al maklumlah..
sibuk aje memanjang..
faham2 aje lah..
sekarang ni ayue dah nak abis study tuk semester ny..
so,
mmg ayue terlampau buzy n buzy n buzy..
hahahaaa
mengalahkan menteri lak..

tapi bukan tu ayue nak bagitau sebenarnya kat korang..

memandangkan exam dah semakin dekat...
arghh..
berdebarnya..
final exam tu..
hihihihiii..
rilex,cool n smile..
hahahaa
ni ada beberapa tips yang ayue nak kongsi
dengan korang sebelum menghadapi peperiksaan..

jom,
baca sama2..

  • Periksa Kelengkapan Untuk Peperiksaan Sebelum Tidur Malam!
  • Tidur awal! Bertolak awal ke Dewan Peperiksaan!
  • Jangan Gemuruh.. Jangan Stress.. Relax.. Tarik Nafas Panjang-Panjang.
  • Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.
  • Bacalah Soalan dengan tertib dan hati-hati sebelum menjawab.
  • Jangan Meniru. Usaha yang terbaik.. Bertawakal pada Allah swt.

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.

Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.

Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.

Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,

  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,

  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.


tu aje yang boleh ayue kongsikan..
hope korang,
boleh amalkan tips ini sebelum n semasa masuk
dewan peperiksaan..

tenks u all..
lov u..
muahhhh


Khamis, 28 November 2013

Hatiku Terluka.... Tapi Allah SWT sentiasa ada untuk aku ingatiNya..

kata-kata hikmah

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal y belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemulian lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari memberi banyak tanpa diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapu yang berhampiran. jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

11) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


Rabu, 20 November 2013

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya



Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...



Selasa, 12 November 2013

Bedak Arab terbaek..




Assalamualaiikum...
salam semua..
aaaa...
dh lama rasanya tak luahkan
isi hati ayue dekat blog ny..
hihiihiiii..

so,
kali ini ayue ada nak cerita kat korang..
tentang satu produk terbaek
yang baru ayue guna..
nak tau tak apa dio..
hehehe..

jap eh..
sabarlah sayang..
hehehee..
jeng jeng jeng..

korang ny tak sabar la..
hehe..
ayue gurau je ok..
jangan la marosss den..

ok la..
straight to the point..
actually,
ayue da la beli satu produk ny..
mmg terbaeklah
selama ayue gunakannya..
menda tu adalah..
bedak arab..
hihiii....
memanglah bedak arab ny makin popular
kat negara kita..
ramai yang menggunakan bedak ny..
produknya memanglah berkualiti..
so korang try la beli bedak ny..
tak rugi tau..

tapi sebelum korang kenalah tengok bedak tu sesuai or tidak dengan korang..
sebab ada juga pengguna yang tidak boleh memakainya..
kulit sensitif katakan..
tapi,
alhamdulillah lah,
setakat ayue boleh lagi memakai bedak ini..

korang jangan risau nanti ayue
akan tunjukkan dekat korang jenis bedak itu,
tapi d next entry lah..
hope korang bolehlah ikuti blog ayue sentiasa...

korang juga kenalah berhati-hati,
untuk membeli produk ini,
manalah tau kot2 korang terbeli yang tiruan,
nanti korang juga yang rugi.

and dio jga akan beri effect kat muka kita..
hihii
tu aje yang boleh ayue beritahu...
so,
untuk ketahuinya dengan selanjutnya,
kita jumpa d next entry erk..
sayam korang semua..
muaahhhh,
sweet g2 looaaarrhh..



Rabu, 30 Oktober 2013

tutorial facebook cantik dengan FaBULOuS

Assalamualaiikum...
hye u all...
kepoh2..
heheheee...

u all nak taw x?
ad la bru2 ny ayue da terpikir nak cantekkan FB ayue..
ayue pun godek2 la dekat store google crome..
pergghhh!!!
memang langkah kanan la ayue ny..
terjumpa la pulok
si Fabulous ny...
so,
ayue try la buat kat FB ayue..
mak oooiii
menjadi jgk rupa-rupanya..
punyer la suka i ny...
tapi ayue ta elok kan law buat benda ny sorang2..
so,
ayue nak kongsi la dengan korang
macam mana nak buat ny..

jom ikuti tuto yang ayue tunjukkan ya...
selamat mencuba!!!
mencuba...
zasssssssssssss...

LANGKAH 1

Mula korang kenalah ada benda ny...
korang kenalah ada STORE ny..
kalau siapa2 guna google crome mestilah ada kan...
so, tengok arrow y ayue tunjukkan itu..


and then..

LANGKAH 2

lepas tu korang tekan la Store tu..
and then akan kuar macam gambar kat bawah..
korang just ikut aje apa yang ayue buat...
ayue bulatkan perkataan Extentions kan dgn wrna merah..
korang just clik je..
pahtu korang ikut arrow hitam y ayue buat tu dekat kotak putih erk..
korang just taip perkataan FABULOUS aje...
dan dia akan kuar macam ny..
see gambar seterusnya...hihiiii



or ikut gambar di bawah..
just clik aje...

ok lepas semuanya siap
akan kuar pula macam ny..
just ikut aje yang ayue buat..
hehehee
korang just clik ikut arrow
yang ayue buat tu..


then...
akan kuar macam ny...



korang ejaz la..
dekat Fabulous tu..
ikut suka korang nak ubah warna apapun...

and..
finally semuanya siap..
n hasilnya jadi macam ny...
comam x?hehehee


ok..
ny aje yang ayue bole tunjukkan..
hope korang dapat ikuti semua ny..
maaf jika da yang terkurang...
so, enjoy ur self..
bye2..
salam semua....




Selasa, 29 Oktober 2013

Khas untuk SahabatKU


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses. 


Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya. Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?


Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika nama Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain. Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya


"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu " Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalumenemani di kala hati "lelah" ..


PESANAN BUAT KEKASIH




Sewaktu kau melangkah 
Meninggalkan diriku 
Sebaknya rasa di dalam dadaku 
Menahan titis air mata 


Ingin aku berpesan 
Kepadamu kekasih 
Sekiranya engkau merinduiku 
Hubungilah aku di sini 



Jika ada kesilapanku 
Maafkanlah diriku oh sayang 
Dan izinkan aku bertanya 
Mengapa kau berubah hati 



Kiranya kau ada penggantiku 
Tetapi hidupmu tak bahagia 
Relaku memaafkanmu 
Dan menerimamu sayang 



Walaupun hatiku kau lukai 
Namunku masih menyayangi 
Kerana sehingga waktu ini 
Cintaku masih untukmu 



Oh sayang di mana kau berada 
Janganlah kau lupakan aku 
Ingatlah aku walau sesaat 
Seorang insan yang terluka


Lirik Pesanan Buat Kekasih - Spring

DOA PENERANG HATI..




رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)

 






AYUHLAH SEMUA...
KITA PAKAT AMALKAN DOA INI..
Insyaallah hidup kita akan diberkati oleh ALLAH SWT...
AMIN..




Khamis, 24 Oktober 2013

WahaI Kaum Adam Dengarlah!!!!!





Wahai Kaum Adam,
Dengarlah kata-kata hatiku ini.
Setiap hari aku berdoa meminta petunjuk
daripada Allah SWT
supaya temukan aku dengan jodoh yang terbaek
untuk diriku ini.

Wahai Kaum Adam,
perilakumu yang soleh dan beriman
menjadi pilihan setiap kaum hawa
tingkah lakumu yang sopan
menjadi keutaman dalam
sesebuah perhubungan itu.

Wahai Kaum Adam,
aku tahu bukan senang untukmu
menjalankan tanggungjawab
untuk membina sesebuah keluarga
tetapi itu akan menjadi tanggungjawabmu
bila terbitnya sebuah hubungan yang halal.


Wahai Kaum Adam,
Kesungguhanmu mengejar tentang islam
menjadi pilihan hatiku
bukan hanya hal duniawi penting
malah hal akhirat amat penting
jadi jika kamu dapat
menyeimbangan kedua-duanya itu
maka
dirimu begitu disanjungi
dan dihormati oleh semua.

Aku tahu jodoh itu di tangan Allah
tapi tidak salah untuk aku
untuk memikat hatimu
supaya diriku
ini boleh kau bimbing
ke jalan yang diredhai olehNya.


JODOH ITU RAHSIA ALLAH

wallahuaallam...





Rabu, 23 Oktober 2013

warkah buat bakal suamiku




Buatmu..

Bakal Suamiku....

Entah kenapa tiba-tiba aje hati aku terdetik untuk menulis entri ini.
benda ni boleh dikatakan agak berani jugalah.
tidak pernah terdetik pun dihatiku ini
untuk menjualkan diriku di kalayak ramai.
mengagung-agungkan diriku ini supaya menjadi kegilaan ramai.
Aku tidak pernah untuk memperkenalkan diriku ini kepada sesiapa pun.
apatah lagi menulus warkah yang sebegini.

Aku tahu masa itu belum sampai lagi untuk diriku.
apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu
sebelum tiba masanya.

Aku telah dididik oleh umi dan abah sejak kecil lagi
supaya menjaga maruah dan mahkota diriku kerana
Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitu dirimu suatu hari nanti.
Kata umi, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga
dan mendidiknya sehingga seorang lelaki yang bernama suami mengambil alih
tanggungjawab itu daripada mereka.
Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.
sepanjang umurku.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.
Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain
selain dirimu,
apatah lagi memahami mereka.
kerana itulah aku cuba sedaya kudrat yang lemah ini untuk membatasi
pergaulanku dengan bukan mahranku.
Aku bukannya sombong..
tetapi aku menjaga pergaulan aku sebaik-baiknya.
Aku sering sahaja tidak selamat diperhatikan lelaki.
Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga
kerana contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat " expressionies face" dan "cool".
Akan aku palingkan wajahku ini daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun
cuba menegurku.
Aku sebolehnya-bolehnya melarikan pandangan daripada ajnabi kerana pesan
Sayyidatina 'Aisyah R.A;


" sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.


Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.







Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.








Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. 



dariku...


bakal isterimu....


~Naluri ingin menyayangi dan disayangi itu adalah normal untuk manusia yg normal :) Tapi biarlah menyayangi dan disayangi yang membawa barakah kepada diri sendiri dan org yg disyangi… Apalah gunanya diri disyangi andai jauh dari rahmatNya. Wallahua’lam~