kata-kata hikmah
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal y belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemulian lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari memberi banyak tanpa diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapu yang berhampiran. jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
11) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.